Tuesday, 30 May 2017

Macamana Boleh Kenal Produk Natuwrel? (Part II)


Sebelum ini produk Natuwrel dikenali dengan nama WR


Tapi bermula September 2016, pihak HQ buat transformasi dan rebranding kepada nama Natuwrel.




Jadi saya sendiri kenal produk Natuwrel sebelum ia bernama Natuwrel lagi :)




May 2016 - saya start as dropship (sebab tak cukup modal, pastu nak cuba dulu buat biz ni)
June 2016 - upgrade to level Agent (refer gambar)
Sep 2016 - upgrade to level Leader
Dec 2016 - upgrade to level tertinggi iaitu Top Leader


Sendiri pun rasa macam tak percaya, start as dropship tapi boleh sampai ke level ni?
Jeng jeng jeng... sebenarnya TIADA YANG MUSTAHIL kan ;)
Asalkan diri sendiri sanggup usaha extra dan cabar diri
Selebihnya serah pada Yang Maha Esa.


Hingga kini, saya masih menggunakan produk Natuwrel dan in shaa Allah akan terus setia menggunakan produk Natuwrel.


Kenapa anda mesti cuba Natuwrel hari ini?
- produk bernotifikasi KKM
- disahkan natural
- lulus ujian saringan Malaysia BioTechnology Corporation
- menjalani ujian makmal Kedah Bio Resources
- berjaya menembusi BioShoppe pertama Malaysia - one stop center yang hanya menjual produk yang disahkan natural sahaja
- dijamin selamat, berkesan dan tidak merosakkan kulit untuk jangka masa pendek dan panjang
- sesuai digunakan seisi keluarga
- produk tahan lama, harga jimat
- beribu positif feedback selepas 3 tahun di pasaran
- ramai berpuas hati setelah mencuba pasti akan repeat order
- paling penting, berkesan menyelesaikan masalah dari hujung rambut hingga hujung kaki



Agent Sah Natuwrel :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Macamana Boleh Kenal Produk Natuwrel? (Part I)


Sebelum ni saya pakai produk skincare yang jual kat Watson, Guardian
apa brand yang jual kat situ
rasanya memang saya beli
memula pakai Lo***l, tapi yang tak bestnya lepas cuci muka
rasa kulit muka tegang terik sangat
heran betul, terseksa jiwa dan ragaku
tapi sebab dah beli, sayang pulak nak buang
so teruskan jela pakai


pernah juga try produk Gar***r
tapi kejap je pakai sebab dia ade kind of smell yang tak berapa serasi dengan hidung saya :P


pastu try pakai Neut*****a
yang ni saya rasa paaaling okey antara brand-brand tadi
tapi after some time saya perasan yang blackhead & whitehead kat hidung makin bertambah
feeling macam cuci muka tapi macam tak cuci muka
so saya korek / tekan sendiri blackhead & whitehead guna satu benda ni
alah lupa pulak nama dia tapi selalu ade jual kat Watson kat bahagian accessories
nak pergi facial kat spa memang tak sempat


dalam pada tak puas hati sangat guna Neut*****a tu
banyak kali jugaklah saya repeat beli
sebab saya taknak cuba lagi dah brand-brand lain
sampailah satu hari tu saya dok baca blog-blog
dan one of the bloggers tu cakap dia ade beli produk
nama dia Egg Mask yang berkesan untuk tanggalkan blackhead & whitehead


so truslah terjah fb seller yang jual Egg Mask tu
scroll punya scroll
few days lepas tu saya beli
dengan harapan nak hilangkan blackhead & whitehead ni


tapi lepas dah beli
mim lam sin pulak nak pakai
yelah seumur hidup tak pernah rajin nak bermasker bagai
so end up saya guna egg mask tu few times jer
lepas tu tersadai berhabuk atas meja :P


scroll lagi fb seller tu
then baru tau dia produce produk sendiri
pencuci muka dan krim muka yang berasaskan bahan semulajadi
pencuci muka dari ekstrak tomato
krim muka dari krim koko
masa ni jenamanya WR


taktaulah kenapa
walaupun produk tu tak femes pun
and then packaging pun simple jer
tapi saya beranikan diri untuk beli
dengan harapan nak kulit yang sihat dan better dari sekarang ni
masa saya beli tu sebulan sebelum raya tahun 2014


pastu masa raya tu
saya rasa happy tengok muka sendiri bila bergambar (sampai sekarang ingat lagi feeling ni tau.. hehehe...)
rasa improve sangat-sangat dari sebelum ni
whitehead takde
blackhead berkurang
tekstur kulit improve
walaupun baru je pakai sebulan tapi saya rasa happy dengan perubahan kulit
rasa kulit makin sihat


so saya teruslah jadi pengguna setia
repeat order repeat order
sampailah upgrade jadi agent tau
hehehehe..


tapi masa tu saya masih bekerja full time
dan kat tempat usaya kerja sangat strict dari segi jual menjual ni
kerja saya pun tak mengizinkan saya nak menyelit berbisnes time kerja
so end up saya pun berhenti jadi agent
masa tu still guna sabun tomato dan krim koko ni


tapi lama kelamaan
saya stop pakai
sebab rasa susah sket nak dapatkan produk ni sebab kene beli online
takde agent yang dekat-dekat dengan saya yang boleh cod
and guess what
walaupun dah puas hati dengan sabun tomato dan krim koko ni
saya pergi guna balik Neut*****a tu
aduyaiiii...


so nak dekat setahun lebih jugaklah guna produk yang beli kat watson tu
blackhead toksah cerita lah
saya redho ajerrr
then dalam awal tahun 2016
eh eh boleh termuncul pulak fb seller yang jual sabun tomato dan krim koko ni kat newsfeed saya
(padahal sebelum ni memang friends pun, tapi saya macam tak pernah perasan fb dia.. huhu..)


apelagi saya scroll scroll scroll lah fb dia
pagi petang siang malam gigih men scroll uols hahaha
pastu macam wow!! sabun tomato dan krim koko yang saya guna dulu tu
dah upgrade lah!!


upgrade macamana tu?

haa meh tengok gambar saya nak share ni


gambar 1 - sabun tomato dan krim koko yang saya  beli masa July 2014



gambar 2 & 3 - sabun tomato dan krim koko yang dah upgrade masa sayatengok awal 2016. siap ada tambahan sunblock spf30 nama dia Miracle Rice (MR). pastu semua siap ada kotak dah. packaging cantik!



gambar 2 & 3 - sabun tomato dan krim koko yang dah upgrade masa saya tengok awal 2016. siap ada tambahan sunblock spf30 nama dia Miracle Rice (MR). pastu semua siap ada kotak dah. packaging cantik!


bila dah suka tengok sabun tomato & krim koko berwajah baru
hati terus rasa terpaut
scroll lagi cari harga
oh dah naik harga RM5 setiap satu
sebelum ni harga RM35
sekarang ni harga RM40
masih lagi harga mampu milik pada uni
sebab dua-dua sabun tomato & krim koko ni tahan lama
so berbaloi-baloi sangat dengan harganya
paling penting - ia berkesan untuk bantu atasi masalah kulit muka <3


so saya teruslah contact seller untuk beli
beli dengan harga retail lah kan
mana mungkin dapat harga agent sebab dah lama sangat stop jadi agent hahahaha

bila sabun tomato & krim koko sampai kat rumah
saya punya heksaited memang over melampau
rasa macam bertemu kekasih hati yang lama terpisah
hahahaha...


dan dan tu jugak saya terus guna
mmmmm best sangat
bau wangi sabun tomato just nice untuk hidung saya yang takleh bau kuat-kuat sangat
yang krim koko pun best, sama jugak macam dulu
.
dan dengan itu juga saya ucapkan selamat tinggal kat Neut*****a


sambil guna
saya risik-risik juga camne cara nak join agent
risik punya risik
tak berani nak berkomitmen modal dulu huhuhu
so saya daftar jadi dropship produk WR
semuanya dengan zero modal


so truslah promote sharing kat fb kat page kat blog
alhamdulillah dah mula ada customer yang beli dengan saya
masa jadi dropship tu pun ade jugak yang nak join WR jadi dropship saya hehehe
tapi masa tu saya tak berani nak decide something big
uni selesa dengan jadi dropship jer dulu :)


then sebulan lebih lepas tu
baru saya decide untuk upgrade jadi agent
berdebor hati toksah cerita
memang debor lah kan
apelagi yang melibatkan keluar modal dulu
tapi saya tekadkan hati pegang kuat pada niat
saya nak cari rezeki yang halal dengan produk yang bagus, yang ada demand dan yang memang saya sendiri guna & puas hati
saya nak bantu wanita dan lelaki yang ada masalah jerawat / parut jerawat macam saya dan lain-lain masalah kulit macam jeragat, sunburn, kulit kusam etc.
sebab saya faham sgt rasa down bila kulit muka bermasalah


Bersambung nanti di Part II.


Agent Sah Natuwrel :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

Saturday, 1 April 2017

Tips Luruskan Rambut Dengan Bahan-Bahan Yang Ada Di Dapur

Kredit : Carian Google


Ramai rupanya yang inginkan rambut lurus. Bertuahlah kalau memang semulajadi dilahirkan berambut lurus. Yang berambut kerinting atau ikal mayang tu, kalau nak luruskan pun boleh, rebonding di salun lah nampaknya.

Tapi tahu sahajalah kan, kalau kita buat sebarang rawatan rambut di salun, penggunaan bahan kimia itu dah mesti, memang tak boleh lari punya. Duit untuk buat rawatan rambut pun perlu dikeluarkan juga, nak kata mahal atau murah itu, saya tak pasti pula sebab saya tak pernah buat sebarang rawatan rambut di salun sepanjang hidup ini.

(Sekadar pergi ke kedai gunting rambut kat aunty cina untuk gunting rambut. Kalau nak merasa massage best, saya request syampu rambut sekali. Itu sahajalah. Hehehehe...)

Hari tu terbaca di Mingguan Wanita bahawa, untuk memiliki rambut lurus menawan, gunakan aje bahan-bahan yang ada kat dapur. Pastinya jimat belanja dan tiada bahan kimia. Yang penting, mesti mau rajin ya!


1) KOMBINASI JUS LEMON & SANTAN

  • Campurkan setengah cawan jus lemon bersama secawan santan.
  • Kemudian sejukkan ramuan ini di dalam peti sejuk semalaman.
  • Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim.
  • Sapukan pada rambut sehingga rata sambil mengurut kulit kepala.
  • Bungkus dengan tuala atau shower cap selama sejam.
  • Kemudian bilas sehingga bersih.

Lakukan petua ini 2 kali seminggu.



2) LIMAU NIPIS

  • Masukkan setengah cawan pati santan bersama sedikit air suam dan air perahan limau nipis.
  • Gaul sebati, jadikan ia sebagai perapi.
  • Lakukan petua ini setiap hari.



3) SUSU SEGAR

  • Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur.
  • Kemudian semburkan pada rambut.
  • Biarkan selama 20 hingga 30 minit.
  • Selepas itu, sikat rambut anda.
  • Bilas rambut, cuci dengan syampu dan akhiri dengan penggunaan perapi.
  • Lakukan sekerap yang mungkin.



4) PISANG & BETIK

  • Lenyek pisang masak dengan betik sehingga halus atau kisar sahaja kedua-dua bahan ini.
  • Campurkan 2 sudu madu.
  • Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ia kering.
  • Bilas rambut sehingga bersih diikuti dengan pemakaian perapi.
  • Selepas itu sikat rambut sehingga lurus, biarkan ia kering.
  • Elakkan mengikat rambut.
  • Lakukan 2 kali seminggu.



5) TELUR & TEPUNG GANDUM


  • Campurkan 2 biji telur dan tepung gandum, gaul sehingga sebati. 
  • Basuh rambut, lap dengan tuala sehingga separuh kering. 
  • Sapukan bancuhan tadi pada rambut, pastikan ia rata.
  • Kemudian, sikat rambut sehingga lurus.
  • Biarkan selama 30 hingga 40 minit kemudian bilas sehingga bersih.
  • Lakukan 2 kali seminggu.


Dalam banyak-banyak petua di atas, saya rasa no. 3 dan 5 adalah yang paling mudah untuk saya buat. Jom cuba, moga-moga berhasil dapat rambut lurus selepas ini :)


Agent Sah Natuwrel :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Love Natuwrel :)